Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-Asr: 1-3)

Sunday, August 21, 2016

Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ini merupakan minggu ketiga Naufal di Tarim.

Alhamdulillah, dia semakin OK.

Hanya di awal minggu, dia mengalami sedikit homesick.

Kesian. Dalam tempoh homesick itu, Allah mengajar erti tabah.

InsyaAllah, Allah pasti akan ganti semua pengorbanan ini.

Allah akan ganti kesedihan ini dengan kegembiraan nanti. InsyaAllah.

Bila diimbas semula, seawal usia 7 tahun Naufal telah berkorban.

Sewaktu usia itulah, saya melihat ketabahannya.

Di saat semua anak2 bergembira ke sekolah yang "betul2 sekolah", Naufal ke rumah kedai untuk belajar al-Quran.

Masih saya ingat lagi dia membaca surah Al-Fatihah di dalam kereta dan memberitahu bahagian2 mana yang sering kita semua melakukan kesilapan dalam bacaan al-Fatihah itu.

Saya tidak nampak dia menangis untuk ke "rumah kedai" itu.

Dia tabah.

Dia taat.

Tapi hati saya yang menangis kuat.

Apabila berpindah ke SRIAS yang bertukar nama ke B.E.S.T, barulah saya tahu rupanya Naufal ada menangis di "rumah kedai" itu.


Baca entry saya DI SINI.


Dan di usia 9 tahun, Naufal berpindah ke AQFA.

Di saat dia sangat seronok di B.E.S.T, dia perlu berpindah ke AQFA pula.

Taat!

Dan sedang hati itu seronok di AQFA, tiba2 bulan ini dia di Tarim!

Taat!

MasyaAllah Tabarakallah.

Semoga ketaatannya itu Allah balas dengan kebaikan demi kebaikan untuknya.

Semoga ketaatannya itu Allah akan islah dirinya dan tingkatkan maqamnya dalam memahami agama.


saat berpisah

Pulang ke Malaysia, saya ada 2 lagi amanah yang perlu dididik dan dijaga.

Kini giliran Hijjaz pula melalui apa yang telah Naufal lalui.

Baru2 ini, Hijjaz ditasmik ayah.

Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar, Hijjaz telah menghafaz berbelas-belas surah dalam juzuk 30.

Di dalam kereta, CD Muhammad dipasang untuk didengar dan untuk membantu hafalan Hijjaz.

Perkara sama yang saya lakukan sewaktu Naufal dulu.

Masih saya ingat, sewaktu Naufal berusia 7 tahun, dia telah menghafaz juzuk 30 dan surah al-Baqarah!

Tapi Hijjaz bukan Naufal.

Jadi, tidak boleh timbul soal perbandingan.

Ketaatan Hijjaz untuk menghafaz al-Quran sudah cukup buat saya.

Moga taat itu Allah akan berikan rahmat mencurah2 kepadanya.

Lambat atau cepat bukan isunya.

Kerana al-Quran ini sampai akhir hayat. Tiada tempoh tertentu.

Moga Allah redhai mereka.

Redhai usia muda mereka.

Meredhai saya dan hidup saya.

Amin.


Sunday, August 14, 2016

Belajar di Tarim (part 6)

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya sering diasak dengan pelbagai soalan berkaitan Naufal yang di hantar ke Tarim. Antara persoalan2nya ialah:

1.  Yaman tak bahaya ke? Bukan Yaman sedang bergolak ke?

Ya. Yaman ada pergolakan. Dan ia berlaku di San'a, ibu kota Yaman. Jarak antara San'a dan Tarim lebih kurang 9 jam. Jauh. Kota Tarim telah mendapat syafaat daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Abu Bakar begitu gembira dengan penduduk Tarim yang kekal dalam Islam sehinggakan baginda mendoakan 3 perkara khusus untuk Tarim.
1. Setiap daripada bangunan yang didirikan itu akan terus kekal hinggalah pada hari kiamat iaitu disebutkan walaupun ada bangunan yang telah hancur atau yang telah lama dan rosak tetapi akan terus dibangunkan berkat dengan doa Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

2. Keberkatan kepada airnya sehingga airnya akan kekal dan tidak pernah kering maka sehingga kini air terus ada dan terus bagus berkat daripada doa Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

3.  Tumbuhnya daripada Kota tarim itu ulama-ulama dan para solehin seperti mana tumbuhnya pokok-pokok kayu daripada tanah.



Berdasarkan ini, insyaAllah Tarim akan terus makmur dan selamat. Habib Umar bin Hafiz juga ada menyatakan sedemikian.

2.  Kenapa Tarim? Tempat lain takda ke?

Kota Tarim banyak disebutkan di dalam hadis-hadis sahih dan ini menjadikan ia suatu tempat yang istimewa. Di saat banyak kekeliruan fahaman muncul pada akhir zaman ini, Tarim berpegang teguh dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Hadis nabi saw berkaitan Yaman dan Tarim khususnya: 
  
"Telah datang pada kalian ahli yaman, mereka adalah orang yg lembut dan baik hatinya,iman berasal dari yaman,dan ilmu nafi' berasal dari yaman"
 "sungguh aku menemukan "nafas ar rahman" dari arah yaman"

"ketika terjadi fitnah dimana mana maka tetapilah kalian negeri yaman,krn sesungguhnya ia adalah tanah yg di berkahi"
 Kata2 ulama:
Andai saja mereka melihat hakikat kota tarim, maka mereka akan mengatakan:"syurga dunia adalah tarim (al imam ahmad bin abil hubb)
Setitis ilmu di tarim lebih baik dari pada lautan ilmu di luar tarim (Al Imam Abdurrahman as Segaf)
 

Andai saja engkau mengeluarkan seluruh hartamu untuk mengunjungi kota tarim, maka apa yg engkau dapatkan akan lebih banyak dari pada yg kau keluarkan (Al Imam Abdullah al Haddad)
 

3 hal yg diperlukan mereka yg tinggal di tarim : tawadhu',adab,dan hidup sederhana'' (Al Imam Ahmad bin Hasan al Atthos)

Tidak ada tempat di dunia ini yg lebih baik dari tarim setelah al masajid ats tsalatsah (Makkah, Madinah, Aqsa) (Al Imam Abdullah al Haddad)

Saya berada di sana seminggu. Benar. Tarim ada sesuatu yang sukar untuk saya ungkapkan. Ilmunya, amalnya, sunnahnya, adabnya, barokahnya, dan pelbagai lagi. MasyaAllah Tabarakallah.

3. Berapa tahun Naufal di sana?

Saya tidak meletakkan sebarang sasaran. 
Sehingga tiba masa sesuai yang ditetapkan Allah.

4. Best ke Tarim?

Luahan saya di FB tentang Tarim.

Tarim.
Kata ustaz Luqman, Tarim takda apa.
Tarim bukan tempat pelancongan.
Yang ada pemandangan cantik dan bangunan cantik untuk dilihat.
Tarim bukan tempat membeli belah.
Tarim takda apa.

Tapi Tarim syurga dunia.
Tarim ada ilmu.
Tarim ada amal.
Tarim ada sunnah.
Tarim ada sirah.
Tarim ada 1001 kisah para auliya dan waliyullah.
Tarim ada barokah.

5. Naufal ok ke kat sana? 

InsyaAllah. Doa ibu sangat mustajab. Saya perlu sentiasa bekalkan doa untuknya supaya dia OK di sana dengan izin Allah. Dan yang pasti, seperti kata Ustaz, ibu bapa lebih2 lagi perlu berubah ke arah yang lebih baik untuk memastikan anak baik-baik sahaja di sana. Bukan lepas tangan. Ibu bapa perlu perbetulkan amal dan sebagainya. Bak kata ayahnya, kita sendiri tak tau jaga anak. Jadi, biar Allah yang jaga. Luruskan niat dan serahkan semuanya kepada Allah SWT. InsyaAllah khair.

Kisah Naufal seperti Nabi Ibrahim yang menyerahkan Siti Hajar dan Ismail kepada Allah di tengah2 padang pasir. 

Bezanya saya perlu hilangkan semua kerisauan dan kerunsingan saya tentang Naufal dan perlu belajar meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah SWT sebagaimana Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. 

Dan saya sedang belajar itu.

Doakan saya.

Doakan Naufal ya.



Friday, August 12, 2016

Belajar di Tarim (part 5)

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya dah selamat kembali ke Malaysia.

Naufal juga telah ditinggalkan di Tarim.

MasyaAllah, sewaktu dalam perjalanan pulang, saya seperti tidak menyangka sejauh ini kami akan berpisah.

Yaman dan Malaysia.

Ia terlalu jauh.

Perjalanan udara selama 9 jam.

Perjalanan darat selama 12 jam.

MasyaAllah.

Dan perjalanan darat itu pula sangat mencabar.

Hati ini rindu.

Tapi untuk Allah kami lakukan ini.

Moga segala pengorbanan jiwa, perasaan dan harta ini Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Semoga Allah gantikan semua kesedihan ini dengan kegembiraan.

Ini merupakan status Ustaz Zakuan di FB beliau yang turut bersama saya dalam kembara Tarim ini.

Alhamdulillah, sampai juga jasad ini ke bumi wali Allah di Tarim.
Dahsyat betul perjalanan yang kami tempuh, pengalaman musafir paling dahsyat dalam hidup saya ...setakat ni walaupun dah berbelas-belas negara Allah sampaikan saya.
Dari Penang saya drive ke KL , sempat tidur sejam lebih je terus kena naik flight ke Bangkok.
Dari Bangkok, kena fly pulak ke Muscat, Oman.
Dari Muscat, kena fly pulak ke Salalah. Allah uji jemaah kami kat sini, seat jemaah kami kena kebas dengan Pak arab walaupun kami dah check in. Komplen pun takdak guna. Arab tetap arab. Jemaah kami buat baca Yasin dengan semayang hajat depan kaunter baru dia bagi kami naik flight satu lagi. Hehe. Berjam-jam terpisah akhirnya bertemu jugak kat airport Salalah.
Dari salalah, kena ikut jalan darat pulak. Sampai ke sempadan Yaman. Bergaduh pulak dengan orang sempadan, nak duit kopi punya hal.
Sepatutnya sampai sempadan Yaman tu waktu Subuh, tapi asbab masalah seat kena kebas di Salalah , tengahari baru sampai sempadan. Bas yang datang jemput pun dah balik.
22 orang jemaah pelajar dari Thailand pulak tak dapat masuk Oman sebab masalah visa.
Tinggallah kami 13 orang menuju ke Tarim melalui jalan darat.
Hujan pulak turun, padahal jarang hujan kat sini, setahun sekali je kot.
Van pulak full sebab barang banyak, jadi saya dan beberapa orang kena naik bas awam.
Perjalanan jauh betul......
Sangat jauh, dari pagi sampai malam......
12 jam kot......
Bas pun masyaAllah daif. Waktu hujan, air tembus masuk haha yang ni lawak.
Panasnya pun dahsyat, walaupun aircond kuat, tapi basah lencun peluh dalam bas.
Beza sangat Oman dengan Yaman. Oman negara kaya, jalan cantik.
Masuk Yaman, masyaAllah negara miskin, ramai orang susah, mintak sedekah. Kedai-kedai dan perumahan, macam kat India Bangladesh, jalan raya pun dahsyat , berlubang berbatu...
Paling seram bila bas lalu kawasan bukit, curam gile pun bas selamber badak je turun naik.
Pastu kena ribut pasir pulak, tak nampak jalan langsung. Tak boleh berhenti jugak. Terpaksa jalan slow slow.
Kaki dah bengkak. Dahsyat sungguh perjalanan kali ni. Selalu rileks je travel naik flight , orang ambik kat airport. Bawak ke hotel.
Sekali ikut jalan darat, masuk sempadan, kena tahan tentera, ribut pasir, hujan tiris, heh...
masyaAllah...
Akhirnya sampai daerah Tarim. Kami dibawa ziarah makam dulu, adab masuk Tarim kata Ustaz yang bawak kami. Makam Shaikh apa nama saya tak ingat. Laju sangat diorang sebut. (Ok dah dapat , nama beliau ialah Al-Faqih Al-Muqoddam Muhammad bin Ali Ba'lawi rahimahullah. Jazakallahkhair atas maklumat.)
Lepas tu baru la sampai area Darul Mustofa, tempat Habib Umar hafizahullah.
Masuk apartment dekat situ. Alhamdulillah lega, dapat stretch kaki.
Ada wifi pulak, update la status .
Dah ok sikit, tadi kami dibawa pusing-pusing area sini, masuk ke kawasan Darul Mustofa. MasyaAllah... rohaniatnya tinggi....
Perasaan yang sama saya rasa ketika ziarah makam Nabi, Ka'bah, Darul Uloom Deoband, Mazahirul Ulum Saharanpur, Khanqah Ashrafiyya, markaz dakwah Nizamuddin Auliya, khanqah Zakariyya Afrika dan beberapa tempat lain yang tinggi rohaniatnya.
Perasaan yang tak dapat digambar dengan suara atau tulisan. Sebab ia zouqi.
Seolah-olah berada di tempat yang sangat lebat dihujani rahmat Allah.
Note: Sorry. Saya bukan Ahli selfie. Tak reti nak selfie-selfie ni. Saya ada kod etika yang saya pegang. Nak tengok Tarim, korang Google je lah haha. Apa-apa pun. Sampai jugak ke bumi para wali Allah yang disebut Rasulullah ni... antara tempat yang paling selamat daripada fitnah Dajjal di akhir zaman dan tempat berkumpul nya para wali Allah . Iman dan akidahnya dijamin Sahih oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Rohaniat di sini memang dahsyat. Para wanitanya sangat masturah (tersembunyi) dan dijaga. Rasa macam berada di zaman Islam dulu kala. Di zaman kegemilangan Islam dalam kitab-kitab sirah.
Doakan ziarah kami selamat , pergi balik.
Jumpa di Malaysia minggu depan insyaAllah.
Dan ini pula status saya di FB sewaktu kami pulang ke Malaysia.
Bismillah.
3 hari tanpa berita.
3 hari tanpa internet.
Sepatutnya dah sampai Malaysia harini.
Tapi Allah menangguhkan perjalanan kami.
Ahad lepas.
Selesai semua ziarah di Yaman, kami berangkat pulang ke Salalah. Dah terbayang keseronokan sebab akan lepak satu malam lagi di Oman. So boleh ronda2 Oman sebelum pulang ke Malaysia. Sempat solat subuh di padang pasir. Siap kena sound dgn ustaz sbb tanya dia pasal tayamum.haha. MasyaAllah momen yg sgt valuable.
Tapi...
Nak dijadikan cerita, kami menghadapi sedikit masalah di sempadan Oman. Tak boleh masuk Oman sebab takda satu dokumen yang diperlukan.
Jadi, untuk mendapatkan dokumen tersebut, kami ditempatkan sementara di satu tempat. Tempat yang berdebu berpasir, takda air (masa smpi takda air), dan xda tempat makan.
Bak kata ustaz Hasnul, tempat tu ala2 1/3 jail!
Kat situ bertemu dgn sekumpulan Australian yg xdpt masuk Yaman. Kesian Shaikh besar Sydney tu. Dia nak bawa anak muridnya ke Yemen sbb dia pernah belajar di Tarim. Tapi agaknya muka memasing macam ganas, jadi kena tahan and tak boleh langsung dibawa berbincang dgn Oman. Ada juga 2 budak Malaysia yg xdpt masuk Oman sbb nk balik Malaysia. Semua mereka dah berada di situ 4-5 hari lamanya!
MasyaAllah, kami nanti pun lama cani ke?
Dah terbyg Fateh.
Dah terbyg Hijjaz.
Allah uji.
Masa memula nk ke Yaman, stranded di Airport Muscat Oman selama 5 jam sebab lambat online check in. Seat telah dijual.
Nak balik ke Malaysia, stranded di sempadan Oman pulak.
Kata ustaz Zakuan, nikmat atau musibah, dua2 dari Allah. Dapat nikmat syukur. Dapat musibah sabar.
Ustaz kata tawajjuh.
Baca yaasin.
Selawat ke atas nabi banyak2.
Tawasul.
Dan kami lakukannya.
Makanan kami dihantar oleh polis.
Mandi x mandi xda sapa kisah. Yang penting waktu tu air utk wuduk dan menyuci shj.
Kami stranded selama 2 hari!
Dan alhamdulillah, semalam kami dapat dokumen itu. Masa menaip ni, saya di dalam kereta polis menuju ke Airport Salalah. Perjalanan ambil masa selama 3 jam. Ada banyak check point, sebab tu polis kena hantar.
Dari Salalah akan ke Muscat Oman.
Dari Muscat, Oman ke Malaysia.
Mohon doa kalian.
Travel paling adventure spnjg hidup. Alhamdulillah.
Stranded bersama ustaz2 dan jemaah lain adalah satu kenangan yg takkan dilupakan.
Kata Ustaz Zakuan dan Ustaz Hasnul, pasti ada khair.
Allah akan bagi jawapan nanti.
Khair, insyaAllah.
Fateh, Mama is coming.

Sewaktu ditahan selama 2 hari itu, saya amat merindui Naufal dan dalam masa yang sama merindui Hijjaz dan Fateh.

Naufal telah berada di tempat yang benar.
Bersama orang2 yang benar.
Dalam suasana yang benar.
Bersama guru yang benar.
InsyaAllah.

Saya tidak perlu risau lagi.
Saya gembira dia di sana.
Cuma jarak yang membuatkan perasaan ini bercampur baur.
Saya dan suami berazam untuk ke Tarim lagi, InsyaAllah.
Kami tidak serik dengan perjalanan jauh itu.

Tarim istimewa.
Sebagaimana yang ditulis oleh Ustaz Zakuan di dalam FBnya:

Baru balik daripada solat Jumaat di masjid Jamek Tarim. Suasana yang cukup indah dan ajib. Boleh dikatakan hampir semua Ahli jemaah masjid samada habaib, ulama ...atau orang awam memakai pakaian serba putih dan berkain pelikat , serban dan ridak demi mencontohi sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.
Kain yang mereka pakai senteng dan tidak menutupi buku lali, ianya adalah sunnah Rasulullah yang tidak dipedulikan oleh umat islam akhir zaman ni. Bagi mereka ,memalukan nak pakai kain senteng sebab nampak kekampungan. Tapi diamalkan secara meluas disini.
Kebanyakan daripada mereka pasti bawak sebatang kayu sugi dan akan bersugi sebelum mengangkat takbir ketika solat, satu lagi sunnah yang sangat umum diamalkan disini.
Di awal pagi selepas Subuh juga orang-orang Tarim sudah selesai baca surah Kahfi, satu surah yang sunnah dibaca pada hari Jumaat.
Di awal pagi Jumaat selepas Isyrak pula orang-orang Tarim diketuai habaib akan menziarahi makam para Aulia yang juga merupakan satu sunnah menziarahi kubur pada hari Jumaat. Ziarah mereka bukan sekejap-sekejap macam kita di Malaysia, tapi sampai 2 jam. Baca surah Yassin je dah 3 kali. Doa panjang-panjang.
Semua ahli Tarim yang menziarahi kubur juga akan membuka selipar-selipar mereka dan berkaki ayam, ianya juga adalah satu amalan sunnah yang sangat jarang diamalkan pada zaman sekarang.
Dan semua amalan ini dilakukan secara istiqamah oleh ahli Tarim berkurun lamanya. Istiqamah merupakan karomah para wali yang tidak dikurniakan kepada manusia yang kotor hatinya.
Kita begitu hairan melihat begitu banyak sekali amalan sunnah yang diamalkan penduduk Tarim samada ulama atau awam. Sunnah yang halus juga tidak ditinggalkan mereka. Sedangkan kaum Khawarij di Malaysia selalu memomokkan bahawa orang-orang Tarim dan pengikut Habaib sebagai "ahli bidaah" sedangkan Demi Allah begitu banyak sunnah yang diamalkan mereka yang saya lihat dengan mata sendiri dan Demi Allah juga para Khawarij yang menuduh tu pula saya langsung tak nampak amalan sunnah apa yang mereka amal. Solat pun tak pakai kopiah, let alone miswak sebelum solat.
Yang membuatkan hati saya sebak dan macam kena letrik ialah apabila ketika solat jumaat tadi, khatib mendoakan Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a, seluruh masjid tiba-tiba bergema dengan ucapan RADIYYALLAHU'ANHU!
Kemudian khatib doakan pula Saidina Umar Khattab r.a, bergema lagi ucapan RADIYYALLAHU'ANHU!
Khatib doakan pula Saidina Usman Affan r.a, bergema lagi ucapan RADIYYALLAHU'ANHU!
Khatib doakan pula Saidina Ali ibn Abi Talib r.a, bergema masjid dengan ucapan RADIYYALLAHU'ANHU!
Lihatlah betapa "Syiah" nya para habaib, para ulama dan para penduduk Tarim seperti yang sering disalak salakkan oleh kaum Khawarij khasnya Khawarij di Malaysia.
Begitu pekat sekali fahaman "Syiah" di Tarim walaupun tak ada sebuah pun masjid Syiah di sini.
Begitu kental pegangan "Syiah" di Tarim sehinggakan para Sahabat Nabi sangat dijunjung dan dikasihi mereka sehingga ramai di kalangan mereka yang bernama "Abu Bakar" dan "Umar".
Saidina Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan semua para Sahabat Rasulullah, kami junjung kalian di kepala kami. Radiyyallahu'anhum.
Saidina Ali, Fatimah, Hassan, Hussain dan semua para ahlul Bayt, kalian kami cintai melebihi nyawa kami. Radiyyallahu'anhum.
Inilah identiti Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswj) yang sahih, sejak dulu hingga kini.
Aswj berbeza dengan kaum Dajjal Syiah Rofidah yang membenci para Sahabat Nabi tetapi mencintai ahlul Bayt.
Aswj berbeza juga dengan kaum Dajjal Khawarij Nasibah yang membenci ahlul Bayt tetapi mencintai para Sahabat Nabi.
Bertambah cinta saya pada bumi Tarim dan ahlinya......
Benar, Allah pelihara bumi barokah ini daripada fitnah Dajjal.
Benar, mencurah barokah di bumi ini seperti yang didoakan khusus oleh Rasulullah.
Kesimpulan: Kalau nak selamat daripada fitnah Dajjal, pegang teguhlah pada Sawadul A'zhom (Ahli sunnah wal Jamaah) dan jauhi Rofidah (Syiah) serta jauhi Khawarij Nasibah (Wahhabi/Salafi).
Berdoalah untuk Allah sampaikan kalian ke sini.
Doakan juga saya sampai lagi ke sini bersama keluarga saya insyaAllah

Doakan Naufal gembira di sana.

Naufal sewaktu menghadiri maulid pada malam Jumaat yang lepas

Tuesday, July 26, 2016

Belajar di Tarim (part 4)

Bismillahirrahmanirrahim.

Mereka adalah kawan2 Naufal sejak usianya 7 tahun.

Dari BEST, mereka ke AQFA.

Dari AQFA, mereka bersama-sama ke Yemen.

Bila menongkah arus perdana, hubungan kami sebagai ibu bapa mereka ini perlu dijaga. 

Sesuatu keputusan kami sering bincang bersama. 

Kena berjemaah untuk elak ketinggalan apa2.

Bila down, masing-masing bagi semangat.
 

Bila lemah, masing-masing bantu menguatkan.

Doakan hati mereka tabah.

Doakan mereka gembira di sana.

Doakan mereka merasai nikmat belajar di bumi barokah itu.

Doakan mereka menjadi pelajar terbaik antara yang terbaik di sana.

Doakan di penghujungnya, mereka membawa adab dan akhlak yang mulia.

Amin.







Dari kiri: Hafiz, Izz, Naufal (2016)

 
Dari kiri: Naufal, Hafiz, Izz (2014)



Belajar di Tarim (Part 3)

Bismillahirrahmanirrahim.

Kurang lebih 6 hari lagi saya akan melalui satu fasa baru.

Fasa ketiadaan Naufal.

Fasa menguruskan anak2 lain tanpa Naufal.

Fasa menghantar Hijjaz ke sekolah tanpa Naufal datang menghulur salam kepada saya (Nota: Naufal tinggal di asrama. Setiap pagi sewaktu menghantar Hijjaz, Naufal akan keluar dan berjumpa saya lalu salam dan cium tangan saya)

Perasaan bercampur-baur.

Masih seperti mimpi.

Tapi hati semakin tegar. Saya pasrah dengan ketentuan Allah.

Sebak datang sekali sekala.

Hati ibu. 

Naufal juga kelihatan begitu.

Dia tegar.

Dia teruja.

Adakala cuak.

Minggu ini saya menguruskan perjumpaan Naufal bersama bekas mudirnya.

Shaikh Mahmoud al-Wosabi. Beliau dari Yemen dan merupakan anak murid Habib Umar. Dan beliau juga merupakan pelajar Dar Mustafa!

MasyaAllah Tabarakallah.

Banyak tips yang diberi oleh Shaikh untuk Naufal.

Terutama berkaitan adab dan akhlak.

Berkaitan kehidupan orang2 di Tarim.

Ia sangat bermanfaat buat Naufal.

Kali terakhir berjumpa dengan Shaikh ialah pada tahun 2014 iaitu pada usia Naufal 9 tahun.

Tahun ini kami menjejakinya kerana teringat akan doa yang diberikan oleh Shaikh kepada Naufal.

Doanya pada hari terakhir Naufal di B.E.S.T

"Saya doakan suatu hari nanti awak belajar di Dar Mustafa"

Petir!

Apakah kerana barokahnya doa guru itu lalu berlaku semua ini?

Sungguh, sehingga kini saya seperti di awang2an dengan semua perkara yang berlaku.

"Lepas ni Naufal tidak akan seperti Naufal hari ini"
"Saya doakan kamu menjadi daie dan Shaikh besar"

Nangis.

Amin. Amin. Ya rabbal alamin.

Tolong doakan Naufal.

Doakan moga Naufal kuat menghadapi semua ujian ini.

Ujian kejauhan.

Ujian rindu.

Ujian belajar.

Doakan Naufal ye.





Monday, July 18, 2016

Belajar di Tarim (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim.

13 hari lagi.

Banyak persiapan perlu dilakukan.

Duit mengalir bagai air.

Habis semua tabung dikorek.

Risau.

Jika ia diluar kemampuan.
 
Lalu saya teringat kata Ustaz Hasnul, "Jika kita fikir semua perkara itu atas kita, memang berat dan payah. Tapi kalau fikir semua perkara adalah atas Allah, insyaAllah mudah semua"

Pada waktu-waktu kecemasan ini, saya teringat semua doa2 saya di bulan Ramadhan terhadap anak2 saya.

"Ya Allah, aku wakafkan seluruh kehidupanku dan zuriatku untuk agamaMu"

"Ya Allah, berikan kepada anak2 ku Hakim Naufal, Hijjaz Mukriz dan Muhammad Fateh Ramadhan guru yang haq, yang akan membimbing mereka menghadapi fitnah akhir zaman, yang akan membawa mereka ke jalanMu"

Saya masih rasa seperti dalam mimpi.

Benarkah semua ini?

Benarkah Naufal akan ke Tarim sana?

Benarkah?




Belajar di Tarim, Yemen

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini perasaan saya bercampur baur.

Sebak. Sedih. 

Dalam tempoh kurang dari 2 minggu, saya akan berpisah dengan Hakim Naufal.

Naufal akan menyambung pengajiannya di Ribath Yusra, Tarim, Yemen di bawah Mudir Habib Ali Abu Bakar bin Salim. Dan Ribath ini adalah di bawah Dar Mustafa di mana pengasasnya/dekan ialah Habib Umar bin Hafiz.

Saya tidak tahu bagaimana saya sampai ke peringkat ini.

Peringkat menghantar anak berusia 11 tahun ke Yemen!

Dalam tempoh 2 minggu!

MasyaAllah Tabarakallah.

Saya tidak pernah merancang untuk ini.

Apa yang saya rancang akan bermula setelah Naufal khatam hafazannya.

Yang saya fikir usia Naufal pada waktu itu mungkin 13-14 tahun.

Tapi Allah sebaik2 perancang.

Bermula dengan hasrat seorang sahabat yang telah mendengar taklimat berkenaan pengajian di Yemen.

Kak Liza namanya.

Melalui dia saya mendapat segala maklumat.

Berkaitan ribath Annur.

Namun, pada waktu itu saya merasakan belum sampai masanya untuk saya menghantar Naufal ke sana.

Saya terlalu memikirkan soal duit.

Lagi pula, Naufal baru 11 tahun.

Nantilah dulu.

Tapi saya terus mengikuti perkembangan Kak Liza dan anaknya Izz.

Izz akan terbang ke Yemen pada 28/8/2016 ini.

Pada tarikh 14/8/2016, seorang sahabat lain menyatakan hasrat yang serupa.

"Akak hantar Ikhlas nanti ke Yemen. 2/8/2016 ni"

"Hah?"

"Ye, bawah Habib Ali. Jomlah. Kita pergi sekali. Naufal boleh teman Ikhlas"

Saya terpinga2.

Habib Ali yang mana satu?

Dar Mustafa?

Habib Umar?

Apakah?

Blank.

Jujur, saya agak kacau bilau dengan perkara2 yang datang secara serentak.

Pada waktu ini, saya membuat keputusan untuk ke Yemen bersama Kak Zima untuk tujuan recce. Mana tau lepas Naufal selesai hafazannya, giliran Naufal pula mengikut jejak langkah Izz dan Ikhlas.

Itu perancangan saya.

Di samping itu, di dalam sujud saya tidak henti2 memohon petunjuk Yang Maha Esa.

Akhirnya, dengan izin Allah, segalanya berubah selepas pertemuan saya dengan Ustaz Hasnul Hakim pada 16/7/2016.

Pada malam itulah, saya jatuh cinta pada Tarim.

Melihat percakapan Ustaz Hasnul, melihat ketenangannya, melihat kepada lemah lembutnya dia, hati saya terusik.

"Alang2 pergi recce, bawak je basic things untuk Naufal. Mana tau sampai sana boleh tinggal terus," kata Ustaz Hasnul. Perkara sama pernah disuarakan Kak Liza.

Saya ligat berfikir.

"Ya Allah berilah petunjukMu"

"Nanti bagi gambar Naufal dan nama penuhnya dalam jawi untuk saya beri kepada Habib Ali"

Kami menurut arahan tersebut.

Takut.

Cuak.

Dan pagi ini jam 430 pagi, saya membaca mesej Ustaz Hasnul.

"Alhamdulillah, Habib Ali terima Naufal untuk belajar di madrasah Habib"

Serentak itu saya terus menangis.

Menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Naufal.

Menangis kerana Naufal akan ke Yemen, kota sejuta wali.

Menangis kerana macam2 perkara.

"Ya Allah, jika ini ketentuanMu, aku redha. Aku lepaskan Naufal untuk agamaMu ya Allah"

Air mata tidak henti2 mengalir.

Naufal akan jadi "imam syafie" saya.

Yang mengembara mencari ilmu di awal usia.

Moga Allah beri kekuatan kepadanya.

Moga dia seronok di Tarim dan kurang rindu pada kami sekeluarga.

"Ya Allah, jadikan Naufal hambaMu sepertimana yang Engkau berkehendakkan. Gunalah anak2ku untuk agamaMu. Kami korbankan perasaan dan harta benda kami semata2 untukMu"

Sebak.

14 hari lagi.

Labbaika ya Tarim
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: 
Maksudnya: “Telah datang kepada kalian orang-orang Yaman. Mereka ini adalah orang-orang paling halus sanubarinya dan paling lembut hatinya. Keimanan itu ada pada orang Yaman dan hikmah itu ada pada orang Yaman”. Manakala di dalam riwayat yang lain disebutkan: “Keimanan itu ada pada orang Yaman, fiqih itu ada pada orang Yaman dan hikmah itu ada pada orang Yaman”.